Jumaat, 2 Disember 2011

pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Pendahuluan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya masyarakat negara ini. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik bagi menghadapi cabaran masa depan.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsip pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belajar untuk mengetahui membolehkan murid menguasai ilmu bagi membina perasaan dan tingkah laku sivik. Belajar untuk bertindak merujuk kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Belajar untuk membentuk peribadi membolehkan murid berkembang secara menyeluruh dari segi rohani, intelek, fizikal, emosi dan sosial. Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, perpaduan dalam keluarga, komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah rendah Tahap II. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik. Murid juga perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

MATLAMAT
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedarankepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalammasyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegarayang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraanmasyarakat, negara dan dunia.

OBJEKTIF
Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuankemahiran dan nilai.
Objektif Pengetahuan :
i. Mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang terhadap
pembangunan watak yang mulia.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluargayang bahagia.
iii. Menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni.
iv. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
v. Menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpinnegara.
vi. Mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat.

Objektif Kemahiran :
i. Menguruskan diri dengan baik dan bertanggungjawab.
ii. Mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku.
iii. Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan danmasyarakat.
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan rakan.
v. Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat.
vi. Menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama.
vii. Membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan didan orang lain.

Objektif Nilai :
i. Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri.
ii. Menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga.
iii. Menghormati kaum dan budaya lain.
iv. Menyayangi alam sekitar.
v. Menunjukkan semangat kekitaan.
vi. Menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka.
vii. Menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.


PRAKTIS KENDIRI 3

Nyatakan perlakuan murid berikut sebagai positif atau negatif.

1. Nabil mengucapkan salam semasa bertembung dengan Cikgu Hidayah di kantin. ___________

2. Kamarul meninggikan suara semasa bercakap dengan ibunya. ____________

3. Laila mengucapkan terima kasih kepada Ashley kerana membantunya dalam mata pelajaranSains. _______________

4. Kartini sentiasa bercakap lemah lembut dengan orang yang lebih tua. ______________

5. Amirul mengeluarkan kata-kata kesat kepada Fahmi apabila permintaannya tidak dipenuhi.___________

6. Ho Seng memberikan tempat duduk kepada seorang perempuan tua di dalam bas. _________

PRAKTIS KENDIRI 2

Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.

1. Telur, susu, ikan dan daging merupakan contoh makanan yang mengandungi karbohidrat. ( )

2. Kamala minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. ( )

3. Piramid makanan dapat menerangkan jenis dan kuantiti makanan yang sepatutnya diambil bagi menjamin kesihatan diri. ( )

4. Sayur-sayuran mempunyai zat mineral yang tinggi. ( )

5. Kita sepatutnya mengamalkan diet yang mengandungi banyak lemak dan kolestrol. ( )

6. Minyak dan mentega merupakan contoh makanan yang mengandungi mineral. ( )

7. Nasi merupakan makanan ruji masyarakat Malaysia yang mengandungi karbohidrat. ( )

8. Pengambilan terlalu banyak lemak dan kolestrol akan mengakibatkan pelbagai jenispenyakit yang berbahaya. ()

PRAKTIS KENDIRI 1

Nyatakan khasiat makanan yang betul

1.
_____________________________
______________________________
3.
________________________________
4. 
______________________________
Kita mesti bijak menguruskan diri supaya diri kita sentiasa cergas dan cerdas.
Pengurusan diri yang bijak merangkumi aspek yang berikut :
Melakukan riadah
Makan makanan yang seimbang
Bertutur dengan sopan
Menjaga kesihatan diri
 Kehidupan yang sihat
Bersenam

Mengemas tempat tidur
Tidur
Keseimbangan makanan

PERTUTURAN YANG SOPAN
1. Bertutur dengan sopan menggambarkan kita memiliki peribadi yang baik.
2. Kita mesti bertutur dengan sopan supaya disenangi dan dihormati oleh orang lain.
3. Kita mesti mengamalkan cara pertuturan yang sopan dalam semua situasi.
4. Antara contoh pertuturan yang sopan adalah seperti yang berikut :
a) ketika ingin meminjam barang orang lain
b) ketika ingin memberi pendapat
c) memaafkan kesalahan orang lain
d) memberi salam apabila bertemu orang lain.

PENAMPIRAN DIRI YANG POSITIF
1.       Penampilan diri yang positif merangkumi cara kita menonjolkan diri di khalayak ramai.
2. Kita juga perlu menjaga penampilan diri supaya dihormati.
3. Berikut merupakan cara penampilan diri yang positif :
a) berpakaian kemas
b) tingkah laku yang sopan
c) pertuturan yang sopan
d) menghormati orang yang lebih tua
e) mematuhi peraturan yang ditetapkan
Berikut adalah contoh-contoh gambar yang  menunjukkan penampiran yang positif.

MERIADAH MENJAMIN KESIHATAN
1. Riadah juga dapat menjamin kesihatan diri.
2. Aktiviti riadah boleh menjadikan diri kita cergas.
3. Berikut merupakan cara-cara melakukan aktiviti riadah dengan betul :
a) memanaskan badan
b) melakukan senaman yang dipilih
c) melakukan aktiviti menyejukkan badan
4. Gambar berikut merupakan contoh aktiviti-aktiviti riadah :
JAGA KEBERSIHAN DIRI
1.       Kita mestilah menjaga kesihatan diri supaya sentiasa sihat.
2.        Kita mestilah mengamalkan cara menjaga kesihatan diri dengan betul.
3.       Contoh penjagaan kesihatan diri adalah seperti berikut :
Makanan Seimbang














1. Kita mesti mengambil makanan yang seimbang.
2. Makanan seimbang mengandungi :
a) zat
b) vitamin
c) mineral
3. Pengambilan makanan yang seimbang ditunjukkan melalui piramid makanan di sebelah


CONTOH-CONTOH FOLIO ( KERJA KURSUS )PENDIDIKAN SIVIK TAHUN 4, TAHUN 5 DAN  TAHUM 6
Tahun 4 :  Tempat-tempat pelancongan di Malaysia









Tahun 5: Tokoh-tokoh tempatan












Tahun 6 : Perayaan tradisional Malaysia








Youtube mengenai baju tradisional Malaysia

Youtube mengenai tarian tradisional Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan